Friday, September 9, 2011

iPod Shuffle vs mp3 Sony

got a birthday present from my brother today!! ^_^

sonok sgt...bukak2 dpt iPod Shuffle..ble ingat lek upe nye pnah mntak iPod kt abg dulu tp da beli mp3...cmne ni??so ayah pn ckp g la jual kt kakak..kakak lak nk beli dlm rm100...patut ke jual dlm rm100??pikir2...


iPod Shuffle 2Gb


mp3 Sony 2Gb

Saturday, September 3, 2011

CERMINKAN DIRI KITA



Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.

Dari Anas ra. berkata :
"Rasulullah saw. adalah orang yang paling baik budi pekertinya."
(Riwayat Bukhari & Muslim)

Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu & berazamlah tidak mengulanginya lagi.




Syukur di dalam nikmat & sabar di dalam ujian mudah diucapkan tetapi amat sulit untuk dilaksanakan.

Allah Taala berfirman :
"Sungguh akan Kami berikan cobaan kepada kamu sekalian dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa & buah-buahan. Dan berikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar."(Al-Baqarah : 155)

Kesenangan & kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan & kelalaian. Kesusahan & penderitaan itu selalunya membawa kepada kekecewaan & putus asa, kecuali orang yang mu'min.

Allah Taala berfirman :
"Janganlah kamu memalingkan mukamu dari sesama manusia & janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri."
(Luqman : 18)

Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang lain, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur & tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.




Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tetapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

Allah Taala berfirman :
"Dan orang-orang yang menahan amarahnya serta suka memaafkan kesalahan orang lain. Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik."
(Al-Imran : 134)

Tahu diri kita hamba, itu adalah ilmu. Merasa diri kita hamba, itu adalah penghayatan. Yang kedua inilah akan lahir sifat tawadu', malu, khusyu', takut, hina & lain-lain lagi sifat kehambaan.



Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.



Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tetapi jangan putus hati kita dengan Allah, ini adalah hak-Nya pula.

Dari Ibnu 'Umar & 'Aisyah ra. berkata, Rasulullah saw bersabda :
"Malaikat Jibril senantiasa berpesan kepadaku untuk selalu berbuat baik terhadap tetangga sehingga aku menyangka bahawa tetangga itu akan ikut mewarisinya."
(Riwayat Bukhari & Muslim)

Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan. Na'uzzubilah ..


Jika kau mendapati jiwamu di tahap yang tinggi,
maka awasilah kerana bila-bila masa kau akan ke bawah ..

Namun jika kau merasa jiwa sentiasa di bawah,
percayalah bila-bila masa pun akan kau akan berada di atas ..

Walau di mana kau berada,
batasilah nikmat atau musibah dengan syukur kerana syukur adalah redha ..

Ingatlah bahawa kabus itu memang gelap,
tapi lama-kelamaan ia akan hilang pabila munculnya sang mentari ..
-Mohamed Al-Fateh, Pemerintah Kota Constantinople-


.The Beauty of Islam.

khas utk lelaki dan wanita :D

1. Firman Allah yang bermaksud:

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya....(hingga akhir).." - Al-Nisa (4):34

2. Jadi, beware dengan lelaki yang:

- Suka bertanyakan hal2 tentang badan wanita kepada wanita ajnabi. Cth, bertanyakan saiz aset2 anda atau figure badan anda.

- Suka berkias lucah dengan senda gurau yang tidak sepatutnya.

- Mengajak anda bercakap persis ke arah benda dalam selimut.

- Meminta gambar anda dari tepon, internet dan sebagainya.

- Yang tidak sensor apabila bercakap. Suka maki-hamun dengan kata-kata kesat dengan menyebut bahagian2 anggota2 badan yg tidak sepatutnya.

- Suke tengok video lucah.

3. Jadilah lelaki baik. Jadilah wanita yang baik.

4. Lelaki yang masih dan sedang berkelakuan sedemikian, taubatlah. Anda pemimpin, bukan perosak. Anda penjaga maruah, bukan pembuka aib para wanita yang suci.

5. Bertaqwalah pada Allah. Nikahlah. Saya pun nak nikah.

Konsep 5K Rasulullah



Konsep 5K cetusan dari 4 Saranan Rasulullah SAW:

1. Kenal - Rasulullah SAW syorkan mana-mana pasangan yang nak nikah, kenal dulu siapa bakal suami/isterinya. Sekurang-kurangnya kena tengok dulu wajah dia. Kenali dia dulu samada dia seorang yang mempraktikkan agama atau tidak.

2. Kelas - Rasulullah SAW syorkan umat Islam pilih dari kelas keturunan yang baik. Agar dapat nasab yang baik. Bukan dari kelas penzina-penzina yang enggan bertaubat.

3. Kufu - Rasulullah SAW syorkan pilih pasangan yang sama kufunya dengan diri dan keluarga. Contohnya, jika kita orang miskin janganlah kita nak kawin anak raja pula. Jangan sampai menyusahkan keluarga nak keluarkan kos tinggi semata-mata nak minang anak orang kaya. Pilihlah yang sederhana dan memahami.

4. Kasih - Bila dah kenal orangnya, tahu profilenya, tahu keluarganya, keluarga kita boleh terima - keluarga dia boleh terima, elemen yang penting juga adalah berKENAN atau tidak kita padanya, BERKENANkah dia pada kita. Jika dua2 dah berkenan, maka timbullah kasih. Tanpa kasih, tidak akan wujud sesebuah keluarga.

5. Kahwin - Bila keempat-empat elemen di atas diredhai oleh kedua-dua mempelai dan keluarga, maka kahwinlah kamu. =)

Friday, September 2, 2011

bilik sejuk @ Bangi :D

petang semalam g jenjalan ngan adik2..ingat nak la kua duit sket..saje2..p la bukak akaun CIMB..tgk2 duit da brtambah..kira punye kira,upe2 nye elaun kolej masuk lagi..ingat kn da abes da..upe nye ade lg..so, dpt la blanje family mkn2...hajat nk blanje mkn mase dpt first elaun keje x dapek sal beli mp3 sony...


ni mp3 baru saye ^_^

ble elaun kolej da masuk,ak pn ape lg blanje la family mkn...kakak sebok nk ajak makan kt ICE ROOM tp die yg blanje...tp ayah ckp bia ak yg blanje..ak pn ok je la kn..da mmg niat nk blanje diorg..so, xkesah la..semalam kami pn p la mkn kt sini...


ICE ROOM a.k.a BILIK SEJUK @ Bangi


S.I. Tropika Mix...saya punye ^_^


S.I. Strawberry :D


bergambar selepas kekenyangan..burppp!! hahahaha

ni la jumlah yg perlu dibayar..ayah ckp lau lbih rm150 ayah support..tp kurang rm15o..so,bayar sendiri je la..ayah support 5osen je..ngee~~ :D



abes sudah ceritera ce citer...ngee~~ :P