Sunday, August 28, 2011

KENAPA AKU DIUJI,YA WAHHAB ?



KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
(Surah Al-Ankabut : 2-3)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah : 216)



KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah : 286)


RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
(Surah Al-Imran : 139)



BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman!
Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh,
di medan perjuangan) & bersedialah (dengan
kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya,
kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
(Surah Al-Imran : 200)





"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
(Surah Al-Baqarah : 45)

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka."(Surah At-Taubah : 111)


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
(Surah At-Taubah : 129)

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!!
"... ..dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.
Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
(Surah Yusuf : 12)



I said to Allah : "I hate life"
Allah replied :"Who asked you to love life..??
Just love me and life will be beautiful ♥
Sahabatku, janganlah kau merasa takut, rugi & menyesal untuk meninggalkan sesuatu kerana Allah. Janji Allah itu pasti & Allah tidak pernah memungkiri janji-Nya. Sesungguhnya ada sesuatu yang lebih baik yang telah Dia takdirkan buat hamba-Nya yang tidak pernah berputus harap untuk memohon hanya yang terbaik dari-Nya. Takkan menyesal buat mereka yang melakukan sesuatu & meninggalkan sesuatu semata-mata hanya kerana Allah ..
.The Beauty of Islam.

Friday, August 26, 2011

5 kelebihan sekiranya anda single


"awek single...hahaha"


Sudah pasti ada kelebihan dan kekurangan sekiranya anda memilih kehidupan untuk single. Artikel kali ini kami akan menyatakan mengenai kelebihan sekiranya anda single dan kekurangannya pula kami akan sampaikan dalam artikel yang akan datang. Ia terpulang pada diri anda untuk memilih antara salah satu yang dirasakan sesuai. Antara kelebihan utama sekiranya anda single adalah..

(1) Kewangan- Dari segi soal kewangan, sudah pasti kehidupan single adalah lebih menjimatkan. Ini kerana anda hanya perlu memperuntukkan wang hanya untuk diri anda sahaja. Apabila anda memilih untuk berpasangan, pasti akan lebih banyak wang yang perlu dibelanjakan.

(2) Kawan- Apabila anda single, anda sebenarnya bebas dalam untuk berkawan. Ini kerana tiada mana-mana perasaan lain yang akan cemburu sekiranya anda berkawan terutamanya apabila berlainan jantina. Ia pasti akan berbeza sekiranya anda sudah mempunyai pasangan. Pasti pergaulan anda akan sedikit terbatas.

(3) Bebas untuk melakukan apa yang anda mahu- Pasti didalam kehidupan banyak perkara yang anda ingin lakukan. Untuk memudahkan anda melakukan apa sahaja yang anda mahu, memilih kehidupan yang single adalah lebih baik. Ia kerana anda tidak perlu untuk menjaga perasaan pasangan dan hanya fokus untuk lakukan apa yang anda inginkan.

(4) Tidak banyak masalah- Menjaga dua hati yang berlainan pasti akan lebih sukar berbanding menjaga satu hati. Pasti akan wujud pelbagai masalah yang akan merunsingkan anda. Dengan memilih kehidupan yang single, sudah pasti masalah akan berkurangan kerana anda hanya perlu memikirkan mengenai diri anda sahaja.

(5) Kurang tanggungjawab- Apabila anda sudah ada pasangan, pasti tanggungjawab anda juga akan semakin bertambah. Tanggungjawab adalah lebih berat sekiranya anda adalah seorang lelaki, yang wajib untuk melindungi pasangan anda, dari segi soal keselamatan mahupun keselesaan kehidupan mereka.

Sekiranya anda merasakan banyak lagi impian yang anda ingin kejar dan capai, memilih kehidupan single adalah lebih baik. Ia akan memberi kelebihan untuk fokus mencapai impian yang diinginkan. Ianya bergantung terhadap kesesuaian diri anda.

Tuesday, August 16, 2011

CUKUPLAH SEKADAR AKU MENCINTAI DALAM DIAM



Don’t worry if you’re single.
God’s looking at you right now, saying,
“I’m saving this girl for someone special"

Catatan dan penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna.
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.
Ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama.
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah ..


Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..


Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )


Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu


Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )


Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)


If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way



“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)


.The Beauty of Islam.

♥ cinta sebenarnye ialah satu tindak balas kimia! ♥







♥CINTA♥

cinta pon ade kait2 ngn kimia eh?
first time tahu..
almaklumla ai xterer kimia..
result pon nyawe2 ikan jek.. ;P

td Google2,jumpe artikel ni kat KOTEX..
lame dh suke jejalan situ..
sbb byk yg kite dpt tau ape yg belom kite tau.
*ayat cam keling..paham x? *ahahhaaa

ok..meh nak cite sket pasal tindak balas kimia yang
berlaku dlm badan kite apabile kite jatuh cinta..



sure korang korang sume penah jatuh cinta kan kan..
sure bile dpt msg dari die,korang sengih cam kerang busuk je kan..
even die tulis "hye" jek..
die kol ckp xsampai 5 minit pon dh cam org gile suke..
hepy mengalahkan ape..
kan kan? :)



bile kite jatuh cinta,kite mule tergila gilakan si dia kan..
semestinye korang akan slalu berangan angan nak kawen la ape la kan..
Perasaan diawang-awangan yang korang alami ni
boleh dijelaskan dengan bahan kimia yang dibebaskan oleh otak.
[Oh, mungkin bunyinya tak begitu romantik tapi yang sebenarnya otak korang lah yang menjadi pusat perasaan dan emosi korang, bukannya hati taw.. ]

Cuba korang fikir eh.. Walaupun otak kite tak secantik hati merah yang berdegup dag dig dug tuh, otak kite sebenarnya menghantar signal ke badan kite dan membuatkan kite merasa perasaan teruja dan pahit manis dilambung cinta..chewahh..


**tengok..gilekan seseorang smpi ade baju lgi..kelasssss*


♥DOPAMIN♥
(kata saya gilakan kamu)

Dalam tempoh korang tertarik xpon angau kat seseorang tuh, satu bahagian otak korang akan membebaskan bahan kimia ni..Sejumlah kecil bahan kimia ini akan memberikan korang perasaan di awang-awangan ketika dilamun cinta..cam berangan2 la kan..xpon ko khayal..ahhahaa.. dopamin ni mungkin boleh menyebabkan korang berjaga sepanjang malam memikirkan perkara-perkara romantik..cam nyanyi2 tepi pantai ke..tepi gunung ke..tepi longkang ke..ape2 jela..

simptom2 dopamin :

rasa tak berselera..Korang ponteng makan, rasa lapar tapi korang tetap gembira dan sedikit gila walaupun perut kosong. ia juga membuatkan kamu rasa bertenaga, dan boleh buat apa saja. Ia memang satu bahan kimia yang menakjubkan. Ia membuktikan perkataan seperti “asyik bercinta” memang wujud.


**gilekan kamu sgt2 smpi wat newspaper..motip : nak bg org lain tau..hek hek hek**



♥SEROTONIN♥
(kata saya terlalu menggilai kamu)

Thp rendah bhn kimia ni dalam otak merupakan sebab kenapa korang asyik memikirkan seseorang tu bile korang bercinta. contohnye..ko ikot die hari2 g library.. (poyo kan hari2 g library..ahahha) sbb admire gile..suke sgt nak tau hal die kan..asek nak ikot je die g mane2..nak tau je die wat ape... asek je teringat2 kat die..camtu la ringkasannye..paham?



♥OKSITOSIN♥
(kata saya akan kekal dengan kamu)


Sekarang korang mungkin dah pun berada dlm hubungan sebenar dan semakin cinta korang berkembang, korang mula berfikir yang korang tak dapat nak bayangkan kehidupan tanpa si dia.



Korang semakin terikat dengannya.



Ke mana saja dia pegi, ko pun ada.. nak g mane2 pon sume nak tau..sket sket nak majuk..kan..Mase nilah bhn kimia oksitosin bertindak kat dlm pale otak korang tuh..Ia merupakan kimia yang dibebaskan oleh otak di mana tahap gila bayang- bayang terhadap pasangan korang semakin berkurang dan korang mula menjalinkan hubungan yang serius.

ok..siap sudah membebel pasal bahan kimia tentang cinta ni..
saje je nak share ngn korang..
:)

Tuesday, August 9, 2011

Chocolate Chip Cookies

biskut coklat chip senang je resepi nye...teringin sgt nk wat dulu tapi x wat2 pon...huhuhu


Bahan-bahan ( Anggaran 200 keping )
375 gm tepung gandum
95 gm tepung jagung
240 gm gula perang
360 gm mentega / marjerin
4 sb serbuk koko
1 biji telur
6 sb chocolate chips
6 sb chocolate rice
6 sb badam cincang (disangai sedikit)
6 sb kelapa kering / nestum (saya guna nestum)
1 st esen vanila

Cara-cara

Pukul mentega dan gula perang hingga lembut.
Masukkan telur, esen vanilla dan gaul sebati.
Ayak tepung gandum dan tepung jagung dan masukkan dalam adunan mentega diikuti dengan choco chip, choco rice, badam dan nestum. Gaul sebati.
Bentukkan mengikut citarasa sendiri dan bakar 20 minit pada suhu 170C

dan jadilah....

Macarons



RESEPI MACARON MALAYSIA :)

Bahan bahan :

35g telur putih (biarkan 12 jam pada suhu bilik)
40g serbuk badam
65g gula icing
15g gula caster
Secubit cream of tar tar
Pewarna (optional)


cara penyediaan :


1. Ayak gula icing dan serbuk badam bersama. Ketepikan.

2. Masukkan cream of tar tar dalam telur dan kacau sekejap dengan whisk tangan.
Biarkan selama 1 minit.

3. Kemudian mula pukul telur dengan speed 1 sehingga menjadi seperti buih sabun halus.

4. Pada peringkat ini, mula masukkan gula caster sedikit2 (3 kali masuk).

5. Selepas selesai masukkan gula caster, naikkan kepada speed tinggi. Pukul telur sehingga terhasilnya bentuk hard beak pada pemukul mixer dan telur pada mangkuk tidak jatuh apabila mangkuk diterbalikkan.

6. Masukkan pewarna dan guna speed 1 untuk sebatikan.

7. Campurkan mixture gula dan badam ke dalam telur secara berperingkat (4 kali masuk).Kacau secara perlahan dengan rima pusaran. Kacau sehingga mendapat adunan seperti kelikatan adunan kek. Proses mengacau ini dipanggil Macarronage.

8. Paipkan adunan pada talam berlapik kertas kek. Saiz bulatan 3.5 cm,boleh dapat 7-8 biji macaron.



9. Biarkan kering 40-45 mint.

10. Selepas 30 minit dari masa pengeringan, mula buka oven dan bakar pada suhu 150 celsius selama 10 minit-15minit (masa pembakaran mungkin berbeza krn sebenarnya bergantung kepada model oven).

11. Biarkan macaron sejuk dan baru asingkan daripada talam. Kalau tidak pecah nanti. Ok sedia untuk dihiaskan dengan filling kegemaran.


haaaa...dah siap..comel x? :)

Apam Dot Dot



RESEPI APAM POLKA DOT

bahan bahan :

3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus(boleh kurangkan sikit sebab ni manis sikit)
150gm susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Filling secukupnya
Pewarna

cara cara :

1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.

2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.

3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).

4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.

5. Picitkan blueberry filling secukupnya.

6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.

7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Guna api sederhana. Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah/mekar. Balut tudung periuk dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik.

kalau rase payah nak paham,tengok jela resepi bergambar kat bawah ni haa..
selamat mencuba.. :)

xtvt after practical...

hai semua..
ape nk wat ek pas praktikal??nk keje tp ktne ek???hmm...

ari tu usha2 la majalah dara ngan nur...ade lak resepi nk wat apam dot dot a.k.a apam polkadot, macaron ngan biskut coklat chip..erm, ape lagi beli buku tu and trus rancang nk wat after praktikal..leh wat juadah ari raye kn..hehee


tada!! ni apam dot dot :)


blink2!! yg ni macarons yg comei sgt ^_^


wink~~ yg ni biskut coklat chip... :D

pasni post resepi2 lak..hehe *_^

Monday, August 8, 2011

Love Light by C.N Blue

when i look at you my face gets red
when i see you my heart goes thump thump
i talk with shyness like a kid
when i look at you i just smile out of nowhere
like a fool I keep doing that
I think love came to me

You’re the president of my heart
You’re my chests’ star embroider
I’m Genie for you girl
You make me stop breathing
whatever you want
because i love you
There’s no reason for my love you know

you’re a darling
you’re more beautiful than the stars above in the night sky
the shining thing deep inside my heart
my own love light

i love you darling
give me light next to me whenever
every night i look at you
and you’re beautiful even when i look at you
you’re my love light

when i see you i feel like im up on the clouds
it may be immature but i keep doing this
i tihnk love came to me

you’re a darling
you’re more beautiful than the stars above in the night sky
the shining thing deep inside my heart
my very own love light

i love you darling
give me light next to me whenever
every night i look at you
and you’re beautiful even when i look at you
you’re my love light

you’re lovely
you’re mroe blinding than the sunlight up in that sky
you shine the dark places inside my heart
my own love light

i love you lovely
even if i close my eyes i see you
looking at you like this
you’re still blinding even when i see you
you’re my love light

Sunday, August 7, 2011

Cinta Ini Untukmu...



Jujur kukatakan kepadamu
Bahwa kamu yang paling mengerti
Takkan ada yang lain
Menggantikan dirimu lagi

Berulang kali telah aku coba
Membuka hati untuk yang lain
Namun semua berakhir
karena cintaku hanya untukmu

Reff:
Salahkah diriku yang tak bisa
Merepikan dirimu dalam hatiku
Aku telah mencoba teras ku mencoba
Namun ku tak bisa

Mungkin memang aku bersalah
Tak bisa menjadi yang kau minta
Andai dulu kutahu
Pasti kita masih kan bersama

Back to Reff
Karena dengan arti dirimu yang selalu ada
Dihati ini punya arti bersamaku
Aku telah mencoba teras ku mencoba
Namun ku tak bisa

Aku tak bisa 2x
Melupakanmu

p/s: mcm ade kena mengena je..huhu

Wednesday, August 3, 2011

4 August



"selamat hari jadi" "hepi besday" "masaya kaarawan" "joyeux anniversaire" "Herzlichen Glückwunsch zum Geburtstag" "buon compleanno"....

Allah selamat kan kamu
Allah selamat kan kamu
Allah selamat kan izni ismail
Allah selamat kan kamu... :)

selamat hari jadi yg ke-21 sye ucapkan kt izni ismail iaitu "SAYALAH"...hahaha
da tambah 1 angka da...tidakkkkkkkkkkkkk!! cptnye mase berlalu...makin tua la jwbnye...huhuhu
tp perangai masih lagi tidak seperti org yg berumo 21 tahun...walaupun muko den ni kata org 'matang'...hahaha

mcm biase adiah yg den slalu dpt ialah 'WISH'..xpe2,xkisah p0n...tp lau ade yg sudi nk bagi adiah bagus gak kn...hihihi

ape2 p0n sye nk ucapkan smoga panjang umo n dimurahkan rezki kpd diri sye sndiri n smoga sye berbahagia selalu.. ^_^