Monday, June 20, 2011

DIA akanku temu dalam doaku...



"Ya ALLAH Ya TUHANKU, Jadikanlah DIA yg ENGKAU pilih untukku adalah insan yang suci hatinya, yang akan mencintai keluargaku sepertimana DIA mencintai keluargaNya, yang akan mencintai keDUA ORG TUAku sepertimana DIA mencintai keDUA ORG TUAnya...

Ya ALLAH Ya TUHANKU, Jadikanlah DIA yg ENGKAU pilih untukku adalah insan yg datangnya dari keturunan yang beriman,yang soleh,solehah & cerdik pandai agar zuriatku nanti akan mendapat keberkatan daripada keturunanNya & menjadi anak yg SOLEH,SOLEHAH & CERDIK PANDAI...

Ya ALLAH Ya TUHANKU, Jadikanlah DIA yg ENGKAU pilih untukku adalah insan yg diimpikan oleh keDUA ORG TUAKU kerana sesungguhnya YA ALLAH,AKU sangat mencintai keDUA ORG TUAku, apa yang diimpikan oleh mereka adalah lebih penting daripada impianku sendiri maka KAU sampaikanlah semua hajat dan impian mereka...

YA ALLAH YA TUHANKU, Jadikanlah DIA yg ENGKAU pilih untukku adalah insan yang elok paras rupanya kerana sesungguhnya YA ALLAH KEKASIHMU RASULULLAH (SAW) sgt suka kepada kecantikan & keindahan, yg apabila aku melihat DIA akn bertambah rasa syukurku terhadapmu YA ALLAH, dan apabila aku melihat DIA akan bertambah rasa kagumku terhadapmu YA ALLAH...

YA ALLAH YA TUHANKU, Jadikanlah DIA yg ENGKAU pilih untukku adalah insan yang kukuh ekonominya, yang bebas daripada sebarang hutang, yang tinggi ilmunya, yg tinggi kesabarannya,kental jiwanya mengharungi segala dugaan & ujian dariMU, yg TIDAK akan menyakitiku & keluargaku dari segi PERKATAAN atau PERBUATAN,yg sangat MENCINTAIMU YA ALLAH, yg mampu untuk membimbingku & keluargaku ke jalan yg DIREDHAIMU...

YA ALLAH YA TUHANKU, Jadikanlah AKU yg ENGKAU pilih untuknya adalah SATU-SATUnya perempuan di muka bumi ini yg akan DINIKAHINYA, SATU-SATUnya perempuan yg akan melahirkan zuriatnya & SATU-SATUnya perempuan yang hadir dlm hidupnya sehingga ke akhir hayat kami...

YA ALLAH YA TUHANKU, Jadikanlah AKU yg ENGKAU pilih untuknya adalah insan yang akan menjadi ISTERI SOLEHAH untuknya, yg akan mencintai keluarganya sepertimana AKU mencintai keluargaku, yg akan mencintai keDUA ORG TUAnya sepertimana AKU mencintai keDUA ORG TUAku, yg akan sentiasa TAAT pada perintahnya, yg TIDAK akan menyakitinya & keluarganya dari segi PERKATAAN atau PERBUATAN, yg sangat MENCINTAIMU YA ALLAH, yg mampu untuk mendidik & membimbing zuriatnya ke jalan yg DIREDHAIMU...

YA ALLAH YA TUHANKU, Jadikanlah DIA yg ENGKAU pilih untukku adalah insan yang apabila bersamanya hatiku akan berasa tenang dan damai, apabila bersamanya akan bertambah CINTAKU kepadaMU YA ALLAH & YA ALLAH Ku pohon jua agar HANYA KERANAMU YA ALLAH AKU AKAN DICINTAINYA & HANYA KERANAMU YA ALLAH AKU AKAN MENCINTAINYA "

YA ALLAH YA TUHANKU, Kurniakanlah JODOH yang diimpikan oleh keDUA ORG TUAku untuk adinda-adindaku tercinta : Ilzam Ismail, Izzah Ismail, Izni Ismail, Isyraf Ismail, Insyirah Ismail & Ikhwan Ismail...

AMIN AMIN YA RABBALA'LAMIN

Tuesday, June 14, 2011

INGATLAH!!!!

Setiap KESABARAN akan diganti dengan KEMENANGAN

Setiap KEDUKAAN akan berganti dengan KEBAHAGIAAN

Setiap PERPISAHAN pasti bermula dengan satu PERTEMUAN

Setiap YANG BERAKHIR akan bertukar dengan suatu PERMULAAN

Setiap KEJADIAN ALLAH pasti ada HIKMAHNYA... ..

Ujian itu tanda kasihNya...

Assalamualaikum... suatu hari pernah seseorang bertanya "benarkah ujian hidup itu tanda kasihNya?" "bukankah jika seseorang kasihkan kita, dia akan sentiasa memberikan kesenangan kepada kita?" dan "kenapa dikatakan kasih kalau diuji kita dengan derita?" kenapa dikatakan sayang jika hidup dipenuhi sengsara? tanya seorang sahabat sambil matanya berkaca bergenang air mata.. erm.. fuhh tarik nafasku dalam-dalam.. bagaimana untuk ku jawab pertanyaannya?

masih lagi ku ingat pesan guruku, "ketahuilah sesekali Allah tidak pernah menzalimi akan hambaNya, namun kejahilan hambanya yang menyebabkan hamba menuduh Allah menzaliminya." betulkan?

Sesekali difikir ada juga benarnya apa yang dikatakan oleh kawan ku.. kalau kita sayang seseorang, mesti kita hamburkan dia dengan kesenangan dan kemewahan. jauh sekali kita ingin menyusahkan hidupnya.. betul kan? kita akan cuba untuk beri kepadanya segala-galanya... sesekali kita tidak ingin melihat airmata mengalir dari matanya.. kan?

namun kata guru, perbuatan tersebut merupakan perbuatan dan tindak tanduk manusia. yang sudah tentu manusia amat dangkal ilmunya tentang hikmah sesuatu perkara.. sedangkan Allah Taala itu Maha Mengetahui dan Maha bijaksana. Sudah tentu perbuatan Allah merupakan tindakan yang terbaik bagi hambanya..

Guru berkata lagi: ketahuilah bahawa dunia ini begitu tidak bernilai di sisi Allah, sesekali Allah tidak suka hamba yang disayangiNya karam oleh godaan dunia. kekadang si hamba begitu asyik mengejar dunia sehingga melupakan Kekasih Abadinya. Allah mendatangkan ujian, agar dia kembali tersentak.. agar kembali terjaga... agar dia kembali sedar bahawa dia sebenarnya sudah jauh tenggelam... sudah jauh terbabas dan sesat... agar dia membuat u-turn, pusing kembali kepada Kekasihnya... apabila di timpa ujian, dia kembali rebah di hamparan sejadah memohon maghfirah. air matanya kembali menitis membasahi pipinya yang selama ini gersang kerana terlalu menikmati keseronakan dunia... apabila derita, kita kembali memohon,.. apabila sengsara kita kembali berdoa.. dan kata guru "bukankah itu bukti kasih sayangNya?"

aku mengangguk mengiyakan kata guru. masih teringat lagi dulu masa belajar di universiti, bila balik kampung emak selalu bagi duit untuk buat belanja di universiti. apabila kembali ke universiti, kita akan belanja sakan. dan bilakah kita akan telefon kembali kepada mak ayah kita? ye betul.. bila kita kehabisan duit kita.. bukankah kehabisan duit itu menyebabkan kita kembali kepangkuan ibu bapa kita? dan benar, nikmat selalu menjauhkan dan melenakan kita sedangkan sengsara banyak menyedarkan dan mendekatkan kita..

sahabat... semoga kita sentiasa sedar bahawa tarbiah Ilahi itu mengandungi rahmat dan hikmat yang amat tersirat. sukar untuk manusia yang berstatus hamba untuk memahami dan menyingkapnya. apa yang penting kita perlu sentiasa bersangka baik dan sentiasa bersyukur atas segala anugerahNya..

"Ya Allah jadilah kami hamba yang sentiasa bersangka baik pada Mu dan sentiasa bersyukur atas anugerah pemberianMu"


nukilan:
ustazshafiee
seberang takir
kuala terengganu

tudung dan hipokrit..



Assalamualaikum... pernah dengar tak ayat yang nadanya sebegini "buat apa saya nak hipokrit! saya memang jenis yang tak pakai tudung pun! inilah diri saya yang sebenar! buat apa nak berpura-pura.. orang yang pakai tudung tu pun bukannya baik sangat!" dan bila terdengar hujah sebegini, kita pun terpaku. lidah kita pun menjadi kelu. tak pandai nak berhujah rasanya dengan orang yng macam ni.. betul kan?

teringat kata-kata guru saya "jika sesuatu hujah tu dari seorang yang fasik, semestinya hujahnya rapuh. sebab yang menjadi inspirasi bagi orang fasik ialah syaitan.. dan tipudaya syaitan sangatlah lemah.."

mari kia analisis hujah tadi.. apabila kita berhadapan dengan orang sebegini.. kita seolah-olah dikaburi oleh sikapnya yang jujur dan tidak hipokrit.. justeru, yang nampak ialah kejujuran dan keluhuran budi orang yang berkata-kata.. namun, apa yang diselindungkan dari kita ialah kedurhakaannya pada perintah Allah.. seolah-olah dia berkata.. takpelah kalau derhaka pun asalkan dia jujur.. tak apelah kalau rambut saya buat maksiat, yang penting hati saya bersih.. betul kan?

jika kita berhadapan dengan orang sebegini, apa yang perlu kita buat? saya cadangkan beberapa step..

1- soal balas dia dengan ajukan pertanyaan.. siapa yang kata bahawa lebih baik tak pakai tudung tapi jujur daripada pakai tudung tapi hipokrit? ulamak mana yang kata? kitab mana? guru mana? kalau dia tak boleh nak jawab maka teranglah ulamaknya ialah syaitan.. kitabnya ialah syaitan dan gurunya ialah syaitan!

2- bagi dia satu persoalan dalam bentuk analogi: jika seorang ayah mempunyai dua orang anak yang jahat. seorang berpura-pura baik dan amat bersopan depan ayahnya, manakala yang sorang lagi terang-terang menunjukkan kejahatannya di depan ayah. soalan saya: siapakah yang akan kena pukul dahulu?

3- soalan lain: seorang pencuri yang berlakon alim, dengan seorang pencuri yang menzahirkan kejahatannya. yang mana kena tangkap dahulu?

4- selepas membaca analogi saya tadi apa pendapat anda? mana yang lebih baik? yang bertudung tapi hipokrit atau yang tidak bertudung tapi jujur?



begitulah step yang saya susun untuk berhujah dengan orang sebegini. apa yang penting, berusahalah untuk meletakkan kejujuran ditempat sepatutnya.. jangan disalah letakkan.. dan jangalah hendaknya kita meletakkan kasut di tangan sambil berkata, "saya meletakkan kasut di tangan disebabkan saya berjalan dengan kaki.. " seseorang yang waras sekali-kali tidak akan dapat memahami kata-kata anda itu..


salam...
ustazshafiee
kualaterengganu
malaysia

Monday, June 13, 2011

Perfect Two ^_^

Verse1
You can be the peanut butter to my jelly
You can be the butterflies I feel in my belly
You can be the captain
And I can be your first mate
You can be the chills that I feel on our first date
You can be the hero
And I can be your sidekick
You can be the tear That I cry if we ever split
You can be the rain from the cloud when it's stormin'
Or u can be the sun when it shines in the mornin'

Chorus
Don't know if I could ever be Without you
'Cause boy you complete me
And in time I know that we'll both see That we're all we need
Cause you're the apple to my pie
You're the straw to my berry
You're the smoke to my high
And you're the one I wanna marry

Cause you're the one for me (for me)
And I'm the one for you (for you)
You take the both of us (of us)
And we're the perfect two
We're the perfect two
We're the perfect two
Baby me and you
We're the perfect two

Verse 2
You can be the prince and I can be your princess
You can be the sweet tooth I can be the dentist
You can be the shoes and I can be the laces
You can be the heart that I spill on the pages
You can be the vodka and I can be the chaser
You can be the pencil and I can be the paper
You can be as cold as the winter weather
But I don't care as long as were together

Chorus
Don't know if I could ever be
Without you 'cause boy you complete me
And in time I know that we'll both see
That we're all we need
Cause you're the apple to my pie
You're the straw to my berry
You're the smoke to my high
And you're the one I wanna marry

Cause your the one for me (for me)
And I'm the one for you (for you)
You take the both of us (of us)
And we're the perfect two
We're the perfect two
We're the perfect two
Baby me and you
We're the perfect two

Verse 3
You know that I'll never doubt ya
And you know that I think about ya
And you know I can't live without ya
I love the way that you smile
And maybe in just a while
I can see me walk down the aisle

Cause you're the apple to my pie
You're the straw to my berry
You're the smoke to my high
And you're the one I wanna marry
Cause your the one for me (for me)
And I'm the one for you (for u)
U take the both of us (of us)
And were the perfect two
Were the perfect two
Were the perfect two
Baby me and you
We're the perfect two(yeah, yeah)

Mengapa Selalu Fikir Tentang Cinta dan Hati?



Hati dan perasaan cinta merupakan satu fitrah insaniah tidak kira sesiapapun. Manusia perlukan cinta dan memerlukan kasih sayang. Perasaan untuk mencintai kepada lawan jantina memang tidak dinafikan, ia merupakan sesuatu yang perlu bagi setiap manusia.

Tapi, mengapa kita terlalu sibuk memikirkannya?

Adakala setiap masa dan waktu kita fikirkannya,

Sampai satu tahap, jika sentiasa memikirkan hal ini, kita pasti akan terjebak dalam "couple". Bukankah couple itu sebuah jalan yang penuh dengan liku-liku yang salah?

Jika anda masih belum mampu, jangan sekali bermain dengan perasaan. Ia tidak akan membawa kemana-mana. Perjalanan masih terbentang jauh.

Jodoh?

Masih tidak yakin dengan janji Allah.?
Di dalam kuliah, seorang ustaz menerangkan bahawa qada' bermaksud perkara yang akan berlaku dan qadar perkara yang telah ditetapkan sejak azali . qada' terbahagi kepada dua iaitu qada' muallaf iaitu yang akan berubah manakala qada' mubra adalah perkara yang telah ditetapkan sejak azali yang merangkumi jodoh, ajal, rezeki dan beberapa perkara lagi.
Bukankah Jodoh itu telah ditetapkan oleh-Nya?

Lihatlah.
Anda punyai misi untuk islam. Mengapa mudah goyah kepada perasaan dan cinta. Ramai yang mengatakan "aku mahu berkahwin, bernikah" tetapi dimanakah persediaan kita? untuk menjadi isteri kepada seorang suami atau suami kepada seorang isteri?

Ia bukanlah sebuah perkara yang mudah. Adakah ia hanya sebuah keseronokan? Untuk merealisasikan mimpi indah? Tidak. Ia satu tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah SWT suatu ketika nanti. Adakah kita telah melaksanakan tugas sebagai khalifah dengan sebaik-baiknya



Mari Menjadi Hamba kepada pencipta

Menjadi sebaik-baik hamba memerlukan pengorbanan bukan hanya pada kata-kata. Jika kita imbas kembali bagaimana sahabat-sahabat rasulullah yang sentiasa memperbaharui dan meningkatkan Iman mereka. Keyakinan mereka adalah di tahap yang tinggi. Mereka melihat syurga di hadapan mereka. Amal yang mereka lakukan adalah semaksimum yang mungkin.

Bukan seperti kita? Mengimpikan syurga tetapi kita hanya bermimpi tanpa mempertingkatkan amal. Sedarlah! Hidup ini satu perjuangan. Jadi, berusahalah Untuk Menyihatkan IMAN!



Jangan terlalu fikirkan cinta

Cinta dan perasaan satu keperluan. Tetapi kita mesti pandai menguruskannya. Bercintalah tetapi melalui jalan-jalan yang Islam telah tunjukkan. Buat persediaan, dan lakukan ta'aruf dan seterusnya. Islam itu dipenuhi cinta dan kasih sayang, tapi banyak cinta dan kasih sayang yang menyimpang dari islam kerana kita tidak menghayati Islam sepenuhnya.

Jom sama-sama kita mencari cinta dan RedhaNya.

Lihatlah cinta yang sebenar ini!

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya ALLAH TA'ALA berfirman pada Hari Kiamat kelak; mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-KU? Hari ini KU-naungi mereka, di mana tidak ada naungan yang lain selain naungan-KU."

Dialah Jodohku

Untuk memilih teman hidup, lelaki mesti memilih wanita yang cantik, bergaya dan boleh dibawa ke sana sini. Dalam hati mesti berbangga kerana pasangannya cantik dan orang sentiasa memuji akan kecantikan pasangannya.

Antara pujian itu:

"Pandai kamu memilihnya, kalaulah aku dapat, aku tak akan lepaskannya."

"Pewittt, hebatnya kamu, cantik... cantik... cantik."

Mesti kamu akan berbangga jika menerima pujian sebegitu.

Pasangannya boleh dibawa ke mana-mana sahaja, setiap hari keluar dating. Tidak kira siang malam, yang penting bahagia. Setiap hari ada saja temujanji untuk bertemu tanpa ada istilah jemu.

Bahagiakah namanya itu jika setiap hari keluar dating? Itulah lumrah pasangan berkasih, sehinggakan lupa segala syariat dan hukum Allah S.W.T.

"Yang penting 'happy', hidupkan hanya sekali."

Tahu pula hidup hanya sekali, kenapa tak banyakkan amal ibadat, supaya di sana nanti lebih bahagia, tidak ada masalah yang menimpa, tidak payah fikir apa pun.

Kalaulah pasangan yang dipilihnya tidak cantik, tidak bergaya biarpun pasangannya seorang muslimah sejati, orang tentu akan mengejinya. Mesti dia terseksa, walaupun dia menyedari itulah pilihan yang terbaik dan menjamin Syurga buatnya.

Antara kejian itu:

"Takde orang lain ke yang kau pilih sebagai pasangan, leceh la."

"Hahahaha, sakit perut aku, lawak, lawak... ketinggalan zaman la bro.."

Mesti sakit hati jika menerima kejian sebegitu?

Pasangan sebegini lebih mementingkan ukhrawi daripada duniawi, dia akan menolak ajakan pasangan untuk keluar berdua, kerana dia takutkan azab Allah S.W.T dan dia tidak mahu hanyut oleh godaan Iblis Syaitan laknatullah.

Tentu bosankan mendapat pasangan yang sebegini, sentiasa menolak ajakan kita untuk keluar berdua.

Tentu kita bersungut andai ajakan kita tidak dapat dipenuhinya.

Inilah pasangan yang terbaik untuk kita, walaupun dia tidak cantik pada rupa paras, tetapi dia cantik pada akhlak dan budi pekerti. Ilmu agamanya penuh di dada dan menjadi benteng untuk menghalang godaan nafsu yang melalaikan.

Untuk memilih teman hidup, wanita mestilah memilih lelaki yang handsome, bergaya dan kaya. Dalam hati mesti lebih berbangga memiliki pasangan yang sebegini. Bahagia sangat-sangat, terasa dunia ini milik berdua. Apatah lagi jika orang di sekeliling sentiasa memuji.

Antara pujian itu:

"Hebatnya kamu, dahlah 'handsome', bergaya... 'loaded' lagi"

"Kalaulah aku dapat, bahagianya hidup".

Dalam hati tak terkata, betapa bangganya memiliki pasangan sebegitu. Tidur malam tak lena, sentiasa terbayangkan wajah kekasih. Bahagia sangat-sangat sebab pilihannya menepati cita rasa. Sanggup bersengkang mata hingga larut malam semata-mata untuk memadu kasih dengan pasangan.

Sekarang ini zaman serba maju, ada facebook, handphone, semuanya hanya di hujung jari, semuanya boleh jadi. Siang keluar dating, malam pun keluar dating, bila tiba larut malam sambung lagi dengan sms, call dan ber-chatting di facebook sehingga jam 3 - 4 pagi. Tak jemukah berbuat begitu? Tentu tidak? Bila diri dilamun cinta, hati takkan jemu meluahkan rasa rindu.

Kalaulah pasangan yang dipilihnya tak handsome, tak bergaya dan tak kaya, walaupun pasangannya seorang muslimin sejati, tentu malukan? Ya lah, pasangan orang lain semuanya handsome, bergaya dan kaya, sedangkan pasangan kita...

Pasangan kita mementingkan ukhrawi dari duniawi. Tak suka keluar dating kerana takutkan Allah S.W.T. Tentu bosankan? Asyik terperap saje. Mula nak bersungut dan menyesal kerana tersalah memilih, tak sesuai langsung dengan cita rasa kita yang gemarkan bersosial.

Inilah pasangan yang terbaik untuk kita, mungkin Allah S.W.T dah tetapkan untuk kita,s upaya kita tidak terus hanyut dengan godaan Iblis Syaitan. Allah S.W.T nak bagi untuk kita yang terbaik, jadi kita harus menerimanya dengan hati yang lapang dan bersyukur sebab kita tak terjerumus dalam kancah kemungkaran dan kemaksiatan yang menghampiri kepada azabnya api neraka.

Di dunia kita tidak merasai azab Allah S.W.T, sebab itulah kita masih menghampiri maksiat, yang ada dalam fikiran kita hanyalah keseronokkan sahaja. Kalaulah Allah S.W.T turunkan azab-Nya semasa kita berseronok dengan nikmat dunia, apakah yang terjadi kepada kita? Sama-samalah kita bermuhasabah diri..

Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik...
Terbaik dari segala hal...
Duniawi mahupun ukhrawi...
Kelak dirimu bahagia.

Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik...
Soleh dan solehah...
Mukminin dan mukminat...
Hidup sentiasa berlandaskan hukum dan syariat...
Bahagia dunia dan akhirat.

Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik...
Baginya dunia hanya sementara...
Akhirat dikejar kerana itulah tempat yang abadi...
Untuk menuju ke syurga Allah.

Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik....
Al-Quran jadi panduan hidup...
Sunnah Rasulullah menjadi ikutan...
Moga kekal di dunia hingga ke akhirat...

-Artikel Iluvislam.com

Renung2 kan..

Bila lelaki benar2 jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dgn ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini, tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya.Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai.Utk melihat lelaki menangis amatlah payah.

Diantara tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah:

1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.

3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap2.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.

10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama..

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya .

17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya ..

20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.

fikirkanlah...

Thursday, June 9, 2011

Andainya lelaki tahu..

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.

Wednesday, June 8, 2011

aduhaiiii...

hmmm...
ingat kn praktikal jadi staf..rupa2 nye jadi pekeje mcm owg baru pas abes spm...ni bkn keje praktikal..nmpk sgt nak amek kesempatan...sume kwn2 kt situ suh tukar tempat...sir kamil cakap lau tukar tempat takut t xsempat nak convo lak...
hmmm..harap2 la dpt tukar tmpt l.i yg lagi bagus dr skrg...skrg tmpt l.i ni aku xtau nk tulis dlm report...mcm cincai je keje aku skrg...smlm da la full time tp xbyk keje...baek ak duk umah tido..da r skt2 bdan...ibu jari kaki da lenguh...dgn selsema n batuk nye...lau dpan customer nmpk cm selekeh je....benci r...

Ya Allah berikanlah aku peluang untuk sambung tempat praktikal yang lebih bagus dan aku dapat menghabiskan praktikal aku dengan sempurna dan habis tepat pada masa nya...amin~~