Sunday, October 21, 2012

Losing a Friend Quotes

Friends form an integral part of your life and losing them can affect you in one way or the other. Neither you nor your friends can be blamed, as because everyone seems to be struggling to establish their presence in today’s competitive world. Hence, we are all drifting apart from each other. However, the presence of social media and networking sites has perhaps made it possible for us to reconnect with old friends instead of losing contact with them forever.


Now, while you may contact your old friends, it may not be possible to connect with all of them. This is when losing friendship quotes help you cope with the harsh reality that you may never be able to meet those friends again in your life. Once you go through some of the losing friendship quotes written by famous personalities, you’ll feel much better and avoid getting stressed out.


Losing a friend is indeed something you will never desire. But the best thing is to carry on with your life and make newer friends. This is because life may take away something but it does give you something else in return. So, have patience and wait for better times to come. You may again find good friends who are likely to understand you much better than perhaps your old friends have ever done.


"Remembering all our memories, and it’s times like these that I miss you most, remembering when we were so close."

"Some friendships, no matter how hard you try, never recover the joy they once had. But if you feel pain of regret or remorse when you think about a lost friend and do nothing about it, you'll never know what might have been."

"And I wonder where the friendship went. What about the days and the memories we spent? Now it feels like I’m being replaced. Now it feels like I don’t know you."

"I've learned that things change, people change, and it doesn't mean you forget the past or try to cover it up. It simply means you move on and treasure the memories. Letting go doesn't mean giving up, it means accepting that some things weren't meant to be."

"The biggest mistake you can make is to drift from someone you once had the time of your life with."

"The death of a friend is equivalent to the loss of a limb."

Saturday, July 28, 2012

result sem 1 yaww ! !

syukur alhamdulillah...akhirnya dpt gak ape yg parents nak..aku pn nak ok!

tepat2 je pointer tu...dan alhamdulillah jugak takde yang sangkut...tak nak sangkut..malas nak repeat balik..huhu

yang tak caye nye subjek pengantar math eko ngan prinsip eko...target cukup2 makan..tapi math dpt b- and prinsip cukup2 makan je...tak kesah la kan

hope no pointer ni terus kekal sampai abes degree...bukan kekal mcm ni je..tapi bagi naik la pointer tu...sikit pun takpe..yang penting no depan tu still ade sampai bila2

akan cuba buat yang terbaik lepas ni...tapi pemalas sangat!! hahaha... ;p

takde semangat nak study...semangat nak masak je ade ;p

terima kasih Ya Allah!
terima kasih mak ayah!
terima kasih semua pensyarah!
terima kasih kawan2!

terima kasih semuanya!! ^__^

Sahabatku...




Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh


Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu


Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku


Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Sahabatku.





I Love You


Mungkin kita pernah rasa tentang cinta
Yang takdirnya bukan untuk kita
Mungkin ini adalah cara meluah cinta
Tanpa berkata atau berpandang mata...

I’m sorry but i love you
I’m sorry if i miss you
Even if i can’t have you
You know i’ll always be there for you...

Mungkin aku mencintaimu
Walaupun engkau tak pernah tahu
Mungkin aku mencintaimu
Tanpa lelah atau pun jemu...

Mungkin kita tak bersama di takdirkan
Tak mengapa asal kau bahagia...

Biar aku mencintaimu
Biar tiada siapa yang tahu
Biar aku mencintaimu
Dalam diam atau pun bisu...

I’m sorry but i love you
I’m sorry if i miss you
Even if i can’t have you
You know i’ll always be there for you
I’m sorry but i love you...

Tuesday, June 5, 2012

Bolehkah Wanita Melamar Lelaki Dalam Islam?

post yg menarik. untuk dikongsi bersama. have fun! :)

Mentaliti masyarakat kini menganggap wanita yang melamar lelaki dianggap suatu perkara yang agak memalukan. Namun hakikatnya ia bukanlah perkara yang kurang baik seperti yang perkatakan, tetapi ia tidak menjadi satu masalah selagi tidak melanggar syariat Islam.

Bolehkah Wanita Melamar Lelaki Dalam Islam? | Pasca musim alaf baru, masyarakat sibuk memperkatakan isu bila mana Perigi Mencari Timba. Melihatkan kononnya sebagai satu kesan jatuh martabat seseorang wanita itu. Dan ini bukanlah menjadi suatu fenomena baru yang mana si wanita kini lebih bersikap ‘mencari’ berbanding menunggu. Mencari dari sudut yang bagaimana?



Pada masa yang sama, kita turut dihidangkan dengan pelbagai kisah penceritaan humor kekeluargaan. Dan konsep cerita ada yang bersifatkan wanita bersikap ‘i’m waiting for you’. Dan itu dilabelkan sebagai suatu perkara asas, dan menjadikan ia satu tradisi sejak nenek moyang kita lagi.

Apabila membuat satu tinjauan, kebanyakan wanita bekerjaya lebih bersikap optimis dalam cita-citanya. Itu yang membuatkan segelintir golongan mereka bersedia untuk di label sebagai ‘andartu’ mungkin. Benarkah? Kerisauan ibu bapa terutamanya menjadikan isu perigi mencari timba ini semakin hangat diperkatakan.

Selain itu, satu hakikat yang tidak dapat dinafikan, apabila pihak wanita memulakan langkah dalam soal merisik. Secara lazimnya masyarakat mungkin akan memandang serong dan memberi tanggapan yang kurang baik. Oleh yang demikian ia seakan-akan menjadi suatu kemestian bila mana lelaki sahaja yang berhak untuk merisik mahupun meminang.

MENUNGGU ; TINDAKAN?

Mengimbas kembali sedutan kisah Nur Kasih yang begitu popular sehingga meningkatkan rating televisyen hampir jutaan penonton setiap minggu. Watak Nur Amina (Tiz Zaqyah) telah meminati Adam (Remy Ishak) sejak di bangku sekolah. Dan ia berlanjutan sehinggalah mereka mengikat tali pernikahan.

Namun, adegan ini melihatkan Nur Amina lebih bersikap ‘menunggu’ tanpa sebarang tindakan agresif. Maksud agresif di sini melulu dalam membuat sesuatu tindakan. Penantian Nur Amina ketika mana sudah mula ‘jatuh hati’ terbalas. Walaupun pada awalnya Adam tidak menaruh sebarang perasan terhadap isteri pertamanya.

Jika Nur Amina bersikap menunggu (non-active). Kita lihat pula kisah Sumpah Puteri Bunian yang dibintangi oleh pelakon popular Nora Danish dan Rizal Jaafar. Melihatkan watak Azeera (Elly Mazlein) sebagai wanita yang egois dan bersifat pendendam menaruh hati kepada Adam. Perasan cinta terhadap Adam (Rizal Jaafar) terlalu tinggi, sehingga mana dia sanggup berbuat apa sahaja. Mereka tetap berkawan dan akhirnya kata sepakat untuk sampai ke jinjang pelamin. Dan melihatkan Adam menampakkan bersahaja, berbanding Azeera kelihatan terlalu terburu-terburu. Walaubagaimanapun, perkahwinan antara Adam dan Azeera terpaksa dibatalkan gara-gara hadirnya seorang wanita bernama Hawa (Nora Danish). Ini membuatkan Azeera terlalu sedih.

MENCARI ATAU MENUNGGU?

Perkara ini terlalu subjektif untuk diperbincangkan. Suka ingin saya sentuh dalam soal mencari. Apabila kita menyebut mencari sudah tentu ia dikaitkan dengan orang lelaki berbanding wanita. Itu mentaliti kita. Tetapi jika saya sebut secara realitinya bukan bagaimana pula?

Sedutan Babak Nujum Pak Belalang

“Cuba teka yang mana jantan yang mana betina?” Sambil menujukkan dua ekor itik.
“Ini senang sahaja
“Haaaa…..”
“Jika ahli nujum mahu tahu yang mana jantan yang mana betina. Yang belakang itu adalah jantan yang depan itu adalah betina”. Sambil menunjukkan dua ekor itik.
“Sebabnya…….?”
“Sudah menjadi lumrah dunia”

Dialog di atas jelas menunjukkan bahawa dalam membentuk sebuah pasangan perlulah bermula daripada diri seorang lelaki. Tidak dinafikan golongan lelaki lebih bersifat aktif dalam soal sedemikian. Tetapi sejauh manakah peranan wanita dalam aspek ini?

Inilah menjadi titik tolak persoalan yang tidak berkesudahan. Jika lelaki mencari, wanita pula tidak menghargai, jika wanita mencari lelaki pula tidak menghargai. Pokoknya masing-masing hanya bertepuk tangan sahaja. Apabila sentuh Timba Mencari Perigi, itu sudah perkara biasa walaupun terpampang di dada akhbar.

Ironinya, jika isu Perigi Mencari Timba, bagai ada suatu gelombang datang tidak berjemput.



Golongan wanita cukup pantang kononnya jika mereka dikaitkan dengan gelaran sedemikian iaitu perigi yang mencari timba. Mereka seolah-olah tidak mahu berada dalam permainan tersebut. Apabila golongan lelaki mengatakan hakikat jumlah wanita di bumi 1 : 4 kadang-kadang mereka menidakkan fakta. Inilah sebahagian tanda kecil hari kiamat. Mereka seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan. Jelasnya apabila kita melihatkan sesuatu acara mahupun program, bilangan tempat duduk lelaki hanya 1/4!! Namun golongan wanita akan memberikan jawapan kononnya golongan lelaki kini sibuk berpeleseran tidak tentu arah. Dengan gaya mat rempit mahupun sebagainya. Jangan marah naa..

KALIS CINTA ; Apabila Ego Menguasai Diri

Masih ingat lagi kisah Cerekarama Kalis Cinta? Mengisahkan seorang wanita berstatus dara yang terlalu mengejar pangkat dan kekayaan. Kejayaan mula dikecapi dan melupakan soal jodoh. Adakah kerana tiada seorang lelaki mahu mengambil hatinya? Sudah ramai jejaka tampil, namun hatinya tidak tertawan. Apabila ego menguasai diri. Sering mempersendakan kaum adam yang dilihat sebagai kelas bawahan dan tidak mempunyai sebarang kepentingan terhadap dirinya. Fikirkanlah jika benar.

KESIMPULAN ; CARILAH SELAGI MANA BOLEH MENCARI

Jika hadirnya seorang wanita bertandang

“Sudikah awak menjadi suami saya?”

Apa pandangan pertama kita? Apakah kita sudah menilai wanita ini dari sudut negatif? Ya, saya pasti mungkin menganggap perlakuan wanita tersebut dianggap suatu perkara yang kononnya ‘memalukan’. Seperti yang saya nyatakan di atas sebentar tadi, situasi ini dianggap sebagai satu fenomena biasa terutama dalam masyarakat Melayu. Kononnya nenek moyang kita tidak membenarkan wanita memulakan langkah pertama dalam mencari pasangan. Jadi bagaimana wanita di luar sana? Ayuh langkah kaki kananmu =)

Sepanjang saya menulis artikel di atas, sedikit pun saya tidak menjatuhkan martabat seorang wanita. Salah faham mungkin berlaku di antara kita. Masih ingat lagi kisah risikan di antara Siti Khadijah dan Rasulullah SAW? Ketika itulah bermula kisah di mana Siti Khadijah menggunakan konsep orang tengah. Namun terdapat sedikit kekeliruan dalam sirah Nabawwiyah. Iaitu antara Nafisah bt Minyah ataupun Maisarah.

Menggunakan konsep orang tengah adalah suatu jalan terbaik yang mana dapat mengurangkan sedikit ‘malu’ terhadap wanita terutamanya. Tetapi jangan disangka tiada lelaki yang pemalu. Siapa dia?

p/s: dalam mencari pasangan perlulah kita sentiasa berusaha. Biarlah tanggapan orang sama ada Perigi Mencari Timba mahupun Timba Mencari Perigi. Yang paling penting soal usaha dalam mencari jodoh. Andai diri kita rupawan, jangan jadikan ia sebagai modal dengan sekadar menunggu di tepian. Berenanglah ke tengah selagi mana kita mampu. Namun andai kita tidak rupawan, usahlah menganggap diri kekurangan. Namun bentuklah suatu modal iaitu jati diri agar diri kita mudah disenangi. Tidak semua orang memandang kepada rupawan, oleh itu sematkan dalam diri, tanamkan dalam diri, soal jodoh perlu kita usaha tanpa bertepuk dahi. ( penulis ini adalah seorang lelaki. bkn saya yg tulis ye. saya hanya kongsikan je (^_^)V )

Monday, June 4, 2012

selamat menempuhi alam exam :)



exam pertama utk semester pertama. we're the first and we're the last.
start paper 1 jun. abes paper 30 jun -.-'
aish! byk gap. mak ckp baguslah. bole dpt 3 pointer. kalo tak dapat tak tau la. insyaAllah dapat...kot! huhu







semoga berjaya kawan2 ^_^
kita berusaha sama2. kita dapat ijazah sama2 tau :)

kali ni saya akan cuba untuk tidak menghampakan kedua ibu bapa saya. nak jugak tengok diorg bangga dengan anak diorg yg no 3 ni ;p





bunyi bunyi jugak. study tetap kena fokus ;p

p/s: perlukan kata2 semangat jugak. dimana inspirasiku?? ;p

Indahnya cinta High Class

Cinta high class bukan memilik sesiapa tapi cinta high class ini berhak dimiliki oleh kita semua.Awak,saya,dia,mereka.KITA SEMUA.Jangan tunggu esok,lusa meskipun tulat.Hari ini juga kita mesti usahakan diri kita agar dapat mencintai secara high class.Don't forget untuk sesiapa yang sudah mempunyai pasangan,ajak dan bantu si dia agar dapat mencintai secara high class juga.


Err..apa itu cinta high class?

Cintamu mendaulatkan Allah nombor satu,
Cintamu padaku kerana Allah yang satu,
Cintamu bermujahadah menahan nafsu.

"Ya Allah,aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu,dan amalan yang menyampaikan aku kepada cinta-Mu.Ya Allah,jadikanlah cinta-Mu lebih aku cintai dari diriku,keluargaku dan daripada air yang sejuk(ketika panas terik)." (HR Al-Tarmizi).



Wanita dan lelaki saling tertarik antara satu sama lain.Itu perkara biasa dan ianya merupakan fitrah manusia.Malah,ketertarikan yang kuat ini turut dirasai oleh binatang jantan dan betina.Begitulah cara Allah untuk menjamin kehidupan di dunia sentiasa berterusan.

Wanita dan lelaki saling jatuh cinta.Itu juga biasa.Islam menolak sistem yang cuba menghapuskan terus fitrah ini seperti merahibkan diri.Islam menawarkan solusi iaitu pernikahan untuk menyalurkan fitrah semulajadi ini menjadi suatu barakah.



Ingin diselitkan di sini,seandainya kita jatuh cinta adalah lebih baik untuk kita berdiam diri.Ini kerana syaitan cuba menyelinap masuk untuk jadikannya cinta bernafsu.Jika dirinya bukan untukmu,redhailah kerana Allah pasti menyediakan seseorang yang lebih beriman untukmu.

"Jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku,nescaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan dalam diri kita.Tugas pertama bukan mencari dirimu tapi mensolehahkan diriku."

"Sukar untuk mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding dengan kesolehanmu.Janji Allah pastiku pegang dalam mencari misi 'lelaki yang baik untuk wanita yang baik."




Ok,back to the topic!

Wanita dan lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya demi cinta,itu adalah luar biasa dan boleh membawa binasa.Tanpa asas agama,maruah diri sanggup dikorbankan sekali.Kadang-kadang seseorang itu mempunyai asas agama yang kukuh,namun akibat dorongan hawa nafsu yang kuat dia juga boleh terjebak dalam kancah ini.Yang penting,IMAN dan TAKWA.Islam menutup pintu-pintu yang membawa kekejian untuk melindungi lelaki dan wanita daripada punca-punca tercetusnya fitnah.Ingatlah!Fitnah diakhir zaman sangat hebat.

Wanita dan lelaki yang bercinta selepas nikah,saling melingkapi agama pasangannya dan sama-sama mentarbiah diri ke jalan Allah.Ini adalah jauh luar biasa and very awesome!Dan ini barulah cinta high class :)



Jika belum menikah,cinta boleh menjadi high class apabila teruna dan dara saling bermujahadah.Bantu si dia memahami dengan mengurangkan perjumpaan dan komunikasi.Kecuali ada urusan penting dan keperluan sahaja dengan menjaga syarat dan batasan.


Jika di luar batas urusan,tanyalah hati.Tepuk dada tanya iman.Kebaikan itu apa yang tenang dalam hati.Dosa itu apa yang syak dan was-was dalam hati.Nikmatilah indahnya saat bercinta itu selepas nikah.


No couple ba'da NIKAH :)



Mawar dan kumbang berbeza untuk saling melengkapi.Mereka saling jatuh cinta kerana perbezaan itu.Sama macam manusia.Lelaki sukakan sifat kewanitaan seorang wanita dan wanita juga sebaliknya.

Lelaki dan wanita bagaikan botol dan penutupnya.Bagaikan elektron dan proton.Bagaikan baju dan seluar.Bagaikan sepasang selipar.Saling memerlukan antara satu sama lain.

Cinta ini akan menjadi luar biasa dan high class jika diluahkan pada insan istemewa bernama suami atau isteri,bukan pakwe atau makwe.



Kenapa ianya high class?
Itu tanda kita patuh pada arahan Allah.
Itu tanda jauhi fitnah.
Yang penting,itu adalah sebuah MUJAHADAH.

'Jodohku,aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana.Aku cuma tahu engkau ada,di dunia atau di akhirat.Akan ku simpan perasaan ajaib ini.Akan ku luahkan untukmu setelah akad menghalalkan kita.'



p/s: sharing is caring... (got this from my friend's blog )


korang pernah jadi macam ni...?

1. Pernah tak bergaduh dengan orang tersayang, hampa cakap "aku benci kau beribu kali!!" then tutup phone. Tapi korang sebenarnya masih tunggu text dia? Pernah?

2. Pernah tak baling phone semasa cakap dengan seseorang sebab tak tahan kecewa?

3. Pernah tak hampa rasa nak salahkan dewan bahasa sebab takda ayat lain lagi ka nak bgtahu yang aku sayang dia sangat2??

4. Pernah tak rasa rindu kat seseorang tu sampai korang tak sedar yang korang tengah menangis?

5. Pernah tak terfikir yang korang ni macam tak sesuai dengan dia? Dan fikir perempuan lain tu lagi baik untuk dia..

6. Pernah tak rasa kita ni 'not the one for him/her' ?

and last

7. Pernah ke aku tetiba jadi lovaholic ni sampai tulis kat blog ? damn~ watafa*

Tuesday, March 20, 2012

Bachelor in Economics (Hons)

tersangatlah lama x update blog...ingat nk update pas laptop format...dok ngadap facebook ja, smpai lupa nk update...

ok! tanggal 15 februari 2012 jam 830am (lebih kurang cmtu la), diriku dgn pantas menaip laman web uum kerna rakanku memberitahu bahawasanya namaku ada dalam senarai student uum...pada awalnya namaku tiada tapi bila kali kedua aku "mengecheck", ada pulak nama....dan ak disenaraikan sebagai pelajar "Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian" (say what!!)...nasib baek lah kt opis..lau kt umah mmg da menjerit terlolong...terkejut beruk seyh!! dpt kos ekonomi, kos yg mmg x nk dan x akan mntk tp dpt jua....dgn pantas ak pn tny la sdare mare "adakah kos ekonomi itu ok??"...dan mereka menjawab "ok! byk pluang pekerjaan"...dan mendapat nasihat dr paksu ku dan housemate kakak sdare ku (student PhD ekonomi)...dan akhirnya aku pn memilih dgn terbuka ati (nk tunggu masuk uitm, mmg xlayak!! siot je...)



tanggal 19 februari 2012 (time ni iyaad masuk 4 bulan) jam 9am (kot!), kami pn bertolak dr sg. petani ke sintok (sabtu {18 februari 2012} ptg bertolak dr umah g umah maklang kt sg petani)...perjalanan yg sgt jauh (da dkat ngan thailand and perlis kot!)...sesampai sahaja di uum, kami terus menuju ke HEA utk pendaftaran....sesudah itu kami pergi utk membuat kad matrik (letih siot!! naek turun tangga nk cari tmpt tu...fuhhh!!)...sesudah tu plak kami pn pergi mencari makmal komputer utk daftar subjek (part ni yg x best!! mereka sgt x paham...bg kaki kang!!)...seusai kami memenatkan diri (hampir tawaf satu COB) mencari, kami pn pergi la ke DPP TNB utk mendaftar bilik...again! saya dapat bilik bawah...xyah penat2!! hehe...bilik 2D117...berkongsi dgn student "Agribusiness, sem 2"....

bilik,ok! cun! best la...tp kn menghadap plak futsal...s0 tiap2 ptg ada sje student laki mai main bola kt sini...haq ni yg payah! t ceq nk p tandas kne berselubung plak...depa ni awat la x taruk bidai kt dpan ni...kacau tul!! rumate pn ok! xde la pendiam cm aku ni..ngeh3!! kera kt cni pn ok! muahahahaha....

nk cite ape lagi ek??haa! program kt cni pn sgt best and active...lau boleh cm nk join je sume aktiviti...wat masa ni join aktiviti yg mmg wajib tu as a peserta ja...yg as AJK baru 3 program...first program yg join "Sukten" as AJK Logistik, second program "Malam Sejuta Kenangan (Annual Grand Dinner)" as AJK Promosi and yg third program "Maintain First Class" as AJK Pendaftaran....lupa plak! utk Ko-K aku join "Kelab Katering" (jurulatih sgt ensem...awwww!!) as a Ketua Biro Logistik & Teknikal...

Thursday, February 2, 2012

New Weeks with a New Moods


I'm sooo000 angry rite n0w!!

starting 30/1/2012 is a registration day for continue student. so terlalu ramai la student yg dtg ke sini dan complain psal status diorg "TERMINATED (EXCEDEED DURATION)". so explain la satu persatu kt diorg. yg boleh trima tu ok lagi. lau yg jenis byk tny, mmg nk tercabut ank tekak explain kt diorg.

ade kes lagi berkenaan dgn sistem. lecturer dtg membebel npe sistem kitorang x btl. "bila sy bg A, yg keluar B". dlm ati, "kn aku da ckp ni berkenaan sal sistem, gi la jumpa unit IT. membebel kt aku pun bkn aku leh tolong. lau ko bebel kt aku then kne bebel lak kt unit IT, x ke penat. byk kali kne bebel bnda yg sama". dlm ati la, kt lua aku sengih je. xmelawan pun.

SERIOUSLY mmg ase nk muntah ngadap student!! xmo keje sini da. tp tu la tawaran sambung blaja pun xdpt. nak cari keje laen, skrg tgh mencari tp aku lebih prefer sambung blaja la. da bosan keje sini. XMO KEJE SINI DA!!!

so setakat ni tu je la. lau citer panjang lebar pun citer yg sama kan. sgt2 bosan dan xmo keje sini da. tu je! hehehe...

Thursday, January 26, 2012

Chinese New Year Gathering

this year CNY is the best!! why?? bc0z we're having gathering with my mom's family. where?? at sg. petani, kedah!! ok la nk cte sal this gathering and sharing2 gambar.

SABTU (21/1/2012)
kami bertolak p sg. petani ari sabtu (21/1/2012) dlm pukul 9.15 pagi mcm tu la. pada asalnye nak konvoi ngan maksu. nanti jumpe la kat mane2 RnR. sgt2 "jam" time tu. tp yg membuatkan "jam" psai ramai org kt RnR tu. smpai parking kt tepi jalan (punya ramai la kn!!). lepas je kt RnR (tah ape nama RnR tu...x ingat lak) jalan raya terus ok. then janji jumpa kt tempat laen lak. tp maksu lak x kua lagi dari seremban. tersepit gak ngan "jam". then kitorang tersepit lagi ngan "jam". rupanya ade eksiden. tp x teruk pn. kemalangan kecik je. hentian pertama kt RnR sg. perak. berhenti makan & solat. then teruskan perjalanan. last2 janji ngan maksu jumpa kt sg.petani terus.

sampai sg.petani dalam kul 6ptg mcm tu la. kt sg. petani ni kami tid0q (mentang2 p utara, ckp pn utara :P) kt umah maklang kt bandar laguna merbok. sebelum sampai umah maklang kami p la cari cendol sat. cari punya cari, pusing punya pusing, yg jumpa nasi lemak je. ayah pun beli la 10 bungkuih. sampai je umah maklang kami pun terkam la nasi lemak tu. kebetulan maklang pun ade masak mee kari. sementara menunggu mee kari masak, kami makan la nasi lemak yg ciput tu. mmg tersangat ciput la. nasi lemak ayam tp ayam bes0 celah gigi je (punya la kedekut! harga rm 1.5o xsilap...hampeh tul!!)

kul 8.3o malam maksu lak sampai (makmi da bertolak kul 4 pagi ari sabtu tp balik umah mentua dulu sal ade kenduri kt jitra ari ahad tu. makcik lak bertolak lambat so sampai dalam kul 1.30 pagi ari ahad). pas maksu sampai kami pun dinner la same2. pas makan kami pun bincang la sok nak p mana. then sume masuk tid0q.

AHAD (22/1/2012)
pagi2 dalam kul 10 lebih kami bertolak p PADANG BESAQ!! yeayyyyy!!! soping time...sebelum s0ping p la check duit dalam bank. gaji da masuk lum. check punya check, yahoooo!!! da masuk da. ape lagi ajak la adik n sepupu2 ku p bank sat. sonok dpt soping. tp xsoping sgt pn. xdak pilihan. aku lau bab baju ni memilih sket. ngeee~~

pas soping kami pun p makan. ade bawak bekal bihun goreng ngan sardin + roti ngan epal (utk lunch kami). kononnye nk p lunch kt gua kelam. last2 lunch kt lua masjid je sal da lewat sgt. so x p la gua kelam tu. pas makan2, kami p jitra lak. pakcik ghani jemput p kenduri sebelah keluarga die.

abeh je p kenduri kami pn balik la ke laguna merbok. ade acara laen lak malamnye. 0tw balik, pemandangan sgt cantik. ade pelangi, awan kt langit pn cantik, sawah padi (ke tebu...hahahaha :P). pemandangan atas biru putih, pemandangan bawh hijau je. sgt2 cantik la! sgt ser0nok tgk. buntang mat0 den nengok time tuh ^_^

sebelah malamnye kami p makan RFC (Radix Fried Chicken). fes time makan nih. pada hal RFC ni ade je kt melaka. slalu trun melaka pn x makan RFC ni. boleh tahan r ase die. kekenyangan malam tu. sambil2 makan sempat ayah ber"skype"ing ngan abang. sian ayah! iyaad lak tid0q. abang lak p kejut iyaad. x pasal2 dak tu nanges (ape la abang ni).
pas makan kami pun p bergambar depan RFC tu. sgt kec0h tp best!! :)

sebelah tgh malam sket ade gosip2. part ni sgt best!! hahaha...nak tau gosip ape?? jeng! jeng! jeng! RAHSIAAAAA....hehehe

ISNIN (23/1/2012)
last day kt sg. petani. sume nak balik da. kami bertolak dari umah maklang dalam kul 3 petang. kononnye nak gerak pagi, xjadi. rancang gerak kul 12. xjadi gak sal ade agenda laen. tu yg last2 gerak petang. kitorang konvoi ngan maksu je. coz makcik nak p umah mak angkat die dulu. so konvoi ngan maksu je. tapi xde la konvoi sgt. janji kt mane2 je. so kitorang pn janji ngan maksu kt RnR sg. perak. rehat2 lu, makan2, borak2, soping buah sket. then gerak balik. pastu last berhenti kt RnR mane tah, da kt area selangor la time tuh. berhenti solat & makan. then bye2 ngan maksu. masing2 balik ke umah masing2 dgn selamat. Alhamdulillah....


p/s: gambar sat g taruk. berukband ni lembab sgt. xdapat nak masukkn gambar :D

Tuesday, January 10, 2012

sadness day today



Hari ni sgt2 xde mood..nk keje pn xlarat..jumpa student pn ase nk marah je...memang sgt2 xde mood dan malas nk keje...

sgt sedih arini...semua aktiviti yg aku nk wat semua x jadi...ajak kwn gi bercuti, ade yg xde duit,xdpt la, ape la...mcm2 lagi la..tp xpe,aku x paksa pn..yg nk join,join la..xnk join, xpe..arini dpt tau kolej wat kursus kawen..ajak kwn2, sorg pn xnk..ajak adik lak, die ckp awal lagi...(hello! gi kursus kawen x semestinya da nk kawen)...ape la nasib, hmm...sampaikan ase mcm da malas nk cakap dgn spe2 da...lantak la! ape nk jadi, jadi la...x peduli da ngan semua...


sempat la menangis jap tadi masa tgh makan (nk telan nasi pn xleh.pada hal prut da masuk angin da)

JANGAN CAKAP DENGAN SAYA SEBAB SAYA TAKNAK CAKAP APA-APA DA...


DON'T TALK TO ME...IT'S OUT OF SERVICE
THANK YOU!!!