Saturday, September 3, 2011

khas utk lelaki dan wanita :D

1. Firman Allah yang bermaksud:

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya....(hingga akhir).." - Al-Nisa (4):34

2. Jadi, beware dengan lelaki yang:

- Suka bertanyakan hal2 tentang badan wanita kepada wanita ajnabi. Cth, bertanyakan saiz aset2 anda atau figure badan anda.

- Suka berkias lucah dengan senda gurau yang tidak sepatutnya.

- Mengajak anda bercakap persis ke arah benda dalam selimut.

- Meminta gambar anda dari tepon, internet dan sebagainya.

- Yang tidak sensor apabila bercakap. Suka maki-hamun dengan kata-kata kesat dengan menyebut bahagian2 anggota2 badan yg tidak sepatutnya.

- Suke tengok video lucah.

3. Jadilah lelaki baik. Jadilah wanita yang baik.

4. Lelaki yang masih dan sedang berkelakuan sedemikian, taubatlah. Anda pemimpin, bukan perosak. Anda penjaga maruah, bukan pembuka aib para wanita yang suci.

5. Bertaqwalah pada Allah. Nikahlah. Saya pun nak nikah.

No comments:

Post a Comment