Sunday, October 21, 2012

Losing a Friend Quotes

Friends form an integral part of your life and losing them can affect you in one way or the other. Neither you nor your friends can be blamed, as because everyone seems to be struggling to establish their presence in today’s competitive world. Hence, we are all drifting apart from each other. However, the presence of social media and networking sites has perhaps made it possible for us to reconnect with old friends instead of losing contact with them forever.


Now, while you may contact your old friends, it may not be possible to connect with all of them. This is when losing friendship quotes help you cope with the harsh reality that you may never be able to meet those friends again in your life. Once you go through some of the losing friendship quotes written by famous personalities, you’ll feel much better and avoid getting stressed out.


Losing a friend is indeed something you will never desire. But the best thing is to carry on with your life and make newer friends. This is because life may take away something but it does give you something else in return. So, have patience and wait for better times to come. You may again find good friends who are likely to understand you much better than perhaps your old friends have ever done.


"Remembering all our memories, and it’s times like these that I miss you most, remembering when we were so close."

"Some friendships, no matter how hard you try, never recover the joy they once had. But if you feel pain of regret or remorse when you think about a lost friend and do nothing about it, you'll never know what might have been."

"And I wonder where the friendship went. What about the days and the memories we spent? Now it feels like I’m being replaced. Now it feels like I don’t know you."

"I've learned that things change, people change, and it doesn't mean you forget the past or try to cover it up. It simply means you move on and treasure the memories. Letting go doesn't mean giving up, it means accepting that some things weren't meant to be."

"The biggest mistake you can make is to drift from someone you once had the time of your life with."

"The death of a friend is equivalent to the loss of a limb."

Saturday, July 28, 2012

result sem 1 yaww ! !

syukur alhamdulillah...akhirnya dpt gak ape yg parents nak..aku pn nak ok!

tepat2 je pointer tu...dan alhamdulillah jugak takde yang sangkut...tak nak sangkut..malas nak repeat balik..huhu

yang tak caye nye subjek pengantar math eko ngan prinsip eko...target cukup2 makan..tapi math dpt b- and prinsip cukup2 makan je...tak kesah la kan

hope no pointer ni terus kekal sampai abes degree...bukan kekal mcm ni je..tapi bagi naik la pointer tu...sikit pun takpe..yang penting no depan tu still ade sampai bila2

akan cuba buat yang terbaik lepas ni...tapi pemalas sangat!! hahaha... ;p

takde semangat nak study...semangat nak masak je ade ;p

terima kasih Ya Allah!
terima kasih mak ayah!
terima kasih semua pensyarah!
terima kasih kawan2!

terima kasih semuanya!! ^__^

Sahabatku...




Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh


Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu


Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku


Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Sahabatku.





I Love You


Mungkin kita pernah rasa tentang cinta
Yang takdirnya bukan untuk kita
Mungkin ini adalah cara meluah cinta
Tanpa berkata atau berpandang mata...

I’m sorry but i love you
I’m sorry if i miss you
Even if i can’t have you
You know i’ll always be there for you...

Mungkin aku mencintaimu
Walaupun engkau tak pernah tahu
Mungkin aku mencintaimu
Tanpa lelah atau pun jemu...

Mungkin kita tak bersama di takdirkan
Tak mengapa asal kau bahagia...

Biar aku mencintaimu
Biar tiada siapa yang tahu
Biar aku mencintaimu
Dalam diam atau pun bisu...

I’m sorry but i love you
I’m sorry if i miss you
Even if i can’t have you
You know i’ll always be there for you
I’m sorry but i love you...

Tuesday, June 5, 2012

Bolehkah Wanita Melamar Lelaki Dalam Islam?

post yg menarik. untuk dikongsi bersama. have fun! :)

Mentaliti masyarakat kini menganggap wanita yang melamar lelaki dianggap suatu perkara yang agak memalukan. Namun hakikatnya ia bukanlah perkara yang kurang baik seperti yang perkatakan, tetapi ia tidak menjadi satu masalah selagi tidak melanggar syariat Islam.

Bolehkah Wanita Melamar Lelaki Dalam Islam? | Pasca musim alaf baru, masyarakat sibuk memperkatakan isu bila mana Perigi Mencari Timba. Melihatkan kononnya sebagai satu kesan jatuh martabat seseorang wanita itu. Dan ini bukanlah menjadi suatu fenomena baru yang mana si wanita kini lebih bersikap ‘mencari’ berbanding menunggu. Mencari dari sudut yang bagaimana?



Pada masa yang sama, kita turut dihidangkan dengan pelbagai kisah penceritaan humor kekeluargaan. Dan konsep cerita ada yang bersifatkan wanita bersikap ‘i’m waiting for you’. Dan itu dilabelkan sebagai suatu perkara asas, dan menjadikan ia satu tradisi sejak nenek moyang kita lagi.

Apabila membuat satu tinjauan, kebanyakan wanita bekerjaya lebih bersikap optimis dalam cita-citanya. Itu yang membuatkan segelintir golongan mereka bersedia untuk di label sebagai ‘andartu’ mungkin. Benarkah? Kerisauan ibu bapa terutamanya menjadikan isu perigi mencari timba ini semakin hangat diperkatakan.

Selain itu, satu hakikat yang tidak dapat dinafikan, apabila pihak wanita memulakan langkah dalam soal merisik. Secara lazimnya masyarakat mungkin akan memandang serong dan memberi tanggapan yang kurang baik. Oleh yang demikian ia seakan-akan menjadi suatu kemestian bila mana lelaki sahaja yang berhak untuk merisik mahupun meminang.

MENUNGGU ; TINDAKAN?

Mengimbas kembali sedutan kisah Nur Kasih yang begitu popular sehingga meningkatkan rating televisyen hampir jutaan penonton setiap minggu. Watak Nur Amina (Tiz Zaqyah) telah meminati Adam (Remy Ishak) sejak di bangku sekolah. Dan ia berlanjutan sehinggalah mereka mengikat tali pernikahan.

Namun, adegan ini melihatkan Nur Amina lebih bersikap ‘menunggu’ tanpa sebarang tindakan agresif. Maksud agresif di sini melulu dalam membuat sesuatu tindakan. Penantian Nur Amina ketika mana sudah mula ‘jatuh hati’ terbalas. Walaupun pada awalnya Adam tidak menaruh sebarang perasan terhadap isteri pertamanya.

Jika Nur Amina bersikap menunggu (non-active). Kita lihat pula kisah Sumpah Puteri Bunian yang dibintangi oleh pelakon popular Nora Danish dan Rizal Jaafar. Melihatkan watak Azeera (Elly Mazlein) sebagai wanita yang egois dan bersifat pendendam menaruh hati kepada Adam. Perasan cinta terhadap Adam (Rizal Jaafar) terlalu tinggi, sehingga mana dia sanggup berbuat apa sahaja. Mereka tetap berkawan dan akhirnya kata sepakat untuk sampai ke jinjang pelamin. Dan melihatkan Adam menampakkan bersahaja, berbanding Azeera kelihatan terlalu terburu-terburu. Walaubagaimanapun, perkahwinan antara Adam dan Azeera terpaksa dibatalkan gara-gara hadirnya seorang wanita bernama Hawa (Nora Danish). Ini membuatkan Azeera terlalu sedih.

MENCARI ATAU MENUNGGU?

Perkara ini terlalu subjektif untuk diperbincangkan. Suka ingin saya sentuh dalam soal mencari. Apabila kita menyebut mencari sudah tentu ia dikaitkan dengan orang lelaki berbanding wanita. Itu mentaliti kita. Tetapi jika saya sebut secara realitinya bukan bagaimana pula?

Sedutan Babak Nujum Pak Belalang

“Cuba teka yang mana jantan yang mana betina?” Sambil menujukkan dua ekor itik.
“Ini senang sahaja
“Haaaa…..”
“Jika ahli nujum mahu tahu yang mana jantan yang mana betina. Yang belakang itu adalah jantan yang depan itu adalah betina”. Sambil menunjukkan dua ekor itik.
“Sebabnya…….?”
“Sudah menjadi lumrah dunia”

Dialog di atas jelas menunjukkan bahawa dalam membentuk sebuah pasangan perlulah bermula daripada diri seorang lelaki. Tidak dinafikan golongan lelaki lebih bersifat aktif dalam soal sedemikian. Tetapi sejauh manakah peranan wanita dalam aspek ini?

Inilah menjadi titik tolak persoalan yang tidak berkesudahan. Jika lelaki mencari, wanita pula tidak menghargai, jika wanita mencari lelaki pula tidak menghargai. Pokoknya masing-masing hanya bertepuk tangan sahaja. Apabila sentuh Timba Mencari Perigi, itu sudah perkara biasa walaupun terpampang di dada akhbar.

Ironinya, jika isu Perigi Mencari Timba, bagai ada suatu gelombang datang tidak berjemput.



Golongan wanita cukup pantang kononnya jika mereka dikaitkan dengan gelaran sedemikian iaitu perigi yang mencari timba. Mereka seolah-olah tidak mahu berada dalam permainan tersebut. Apabila golongan lelaki mengatakan hakikat jumlah wanita di bumi 1 : 4 kadang-kadang mereka menidakkan fakta. Inilah sebahagian tanda kecil hari kiamat. Mereka seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan. Jelasnya apabila kita melihatkan sesuatu acara mahupun program, bilangan tempat duduk lelaki hanya 1/4!! Namun golongan wanita akan memberikan jawapan kononnya golongan lelaki kini sibuk berpeleseran tidak tentu arah. Dengan gaya mat rempit mahupun sebagainya. Jangan marah naa..

KALIS CINTA ; Apabila Ego Menguasai Diri

Masih ingat lagi kisah Cerekarama Kalis Cinta? Mengisahkan seorang wanita berstatus dara yang terlalu mengejar pangkat dan kekayaan. Kejayaan mula dikecapi dan melupakan soal jodoh. Adakah kerana tiada seorang lelaki mahu mengambil hatinya? Sudah ramai jejaka tampil, namun hatinya tidak tertawan. Apabila ego menguasai diri. Sering mempersendakan kaum adam yang dilihat sebagai kelas bawahan dan tidak mempunyai sebarang kepentingan terhadap dirinya. Fikirkanlah jika benar.

KESIMPULAN ; CARILAH SELAGI MANA BOLEH MENCARI

Jika hadirnya seorang wanita bertandang

“Sudikah awak menjadi suami saya?”

Apa pandangan pertama kita? Apakah kita sudah menilai wanita ini dari sudut negatif? Ya, saya pasti mungkin menganggap perlakuan wanita tersebut dianggap suatu perkara yang kononnya ‘memalukan’. Seperti yang saya nyatakan di atas sebentar tadi, situasi ini dianggap sebagai satu fenomena biasa terutama dalam masyarakat Melayu. Kononnya nenek moyang kita tidak membenarkan wanita memulakan langkah pertama dalam mencari pasangan. Jadi bagaimana wanita di luar sana? Ayuh langkah kaki kananmu =)

Sepanjang saya menulis artikel di atas, sedikit pun saya tidak menjatuhkan martabat seorang wanita. Salah faham mungkin berlaku di antara kita. Masih ingat lagi kisah risikan di antara Siti Khadijah dan Rasulullah SAW? Ketika itulah bermula kisah di mana Siti Khadijah menggunakan konsep orang tengah. Namun terdapat sedikit kekeliruan dalam sirah Nabawwiyah. Iaitu antara Nafisah bt Minyah ataupun Maisarah.

Menggunakan konsep orang tengah adalah suatu jalan terbaik yang mana dapat mengurangkan sedikit ‘malu’ terhadap wanita terutamanya. Tetapi jangan disangka tiada lelaki yang pemalu. Siapa dia?

p/s: dalam mencari pasangan perlulah kita sentiasa berusaha. Biarlah tanggapan orang sama ada Perigi Mencari Timba mahupun Timba Mencari Perigi. Yang paling penting soal usaha dalam mencari jodoh. Andai diri kita rupawan, jangan jadikan ia sebagai modal dengan sekadar menunggu di tepian. Berenanglah ke tengah selagi mana kita mampu. Namun andai kita tidak rupawan, usahlah menganggap diri kekurangan. Namun bentuklah suatu modal iaitu jati diri agar diri kita mudah disenangi. Tidak semua orang memandang kepada rupawan, oleh itu sematkan dalam diri, tanamkan dalam diri, soal jodoh perlu kita usaha tanpa bertepuk dahi. ( penulis ini adalah seorang lelaki. bkn saya yg tulis ye. saya hanya kongsikan je (^_^)V )